KUALA LUMPUR 21 Julai - Malaysian Relief Agency (MRA) bersedia memberikan bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar yang kini tertindas. Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, MRA akan menghantar dua pegawainya ke Myanmar pada minggu pertama Ramadan ini bagi tujuan tersebut. Tambahnya, MRA telah mengenal pasti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana yang akan membantu dalam misi kemanusiaan itu.